"Al-Fatihah buat ayahanda Zulkairol yang baru sahaja pergi menghadap illahi...semoga rohnya berada dalam kalangan orang yang beriman...Amin"
SPEECHLESS!!!
Ya Allah...berat sungguh dugaan yang Engkau berikan kepada kairol dan keluarganya. Airmata mula gugur tanpa dipinta. Sedih yang teramat sangat. Namun, aku gagahkan juga diri untuk mengucapkan takziah untuknya dan keluarga.
Sedang sibuk melayan perasaan sedih itu, tiba-tiba aku teringat kembali kejadian sehari sebelumnya...masa itu aku tergesa-gesa masuk ke dalam toilet, dengan tujuan untuk mengambil wuduk. Masuk sahaja di bilik guru pagi, ternampak satu kelibat manusia yang sedang sibuk mengemas meja. Aku malas mo ambil tau dan terus sahaja berjalan laju ke tempat yang dituju. Selesai berwuduk, aku bergegas hendak keluar dan tiba-tiba satu suara yang cukup-cukup aku kenal menyapa telinga-ku..."NEL..." langkah terhenti dan aku berpaling melihat kearah empunya suara. Aku senyum. Tapi dia tidak! Aku jadi hairan kenapa dia nampak agak berlainan dari sebelumnya. Selalunya, bila kami berbual, senyuman tidak akan lekang dari bibirnya. Aku terus senyap. Menanti. Dia langsung tidak berkata apa-apa. Hanya merenung muka-ku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Agak lama! Seperti ada "sesuatu" yang ingin disampaikan tapi akhirnya dia berkata..."xpe la..."
Kesal! Itu yang aku dapat rasakan sampai ke hari ini kerana tidak berjaya mengungkap "misteri" itu. Mungkin dia ingin memberitahu ku perihal ayahnya, tapi tidak mempunyai kekuatan...hmm...
Kini, sudah 3 hari berlalu tapi aku masih belum mendapat apa-apa kabar darinya. Mungkin dia masih bersedih. Dalam hati tidak henti-henti mendoakan dia dan keluarganya memperolehi kekuatan dan tabah dalam mengharungi dugaan Allah...
Dear Zulkairol...as a closest friend, i can't help myself from being affected too....please be strong k!!!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.